Memahami
Kos Perubatan Anda
Kami pastikan semua caj perubatan adalah munasabah dan wajar. Dapatkan perkhidmatan yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan!
Kami pastikan bahawa semua caj perubatan adalah munasabah dan wajar
Inflasi perubatan sentiasa meningkat tahun demi tahun. Ini menyebabkan kebanyakan syarikat menghadapi masalah untuk mengurus kos penjagaan kesihatan para pekerja mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, caj berlebihan dan penipuan sering kali tidak dapat dikesan. Mereka tidak tahu tentang langkah-langkah yang sesuai untuk mencegahnya daripada berlaku!
Pengalaman kami melebihi 25 tahun di dalam industri membolehkan kami memahami cabaran kewangan yang dihadapi oleh syarikat anda dan cara untuk menanganinya. Kami mempunyai penyelesaian pengawalan kos yang unik untuk membantu anda memastikan peningkatan kos perubatan adalah minimum tanpa mengurangkan kualiti bantuan dan perkhidmatan untuk pekerja anda dan tanggungan mereka yang layak.
Penyelesaian Pembendungan
Kos Yang Berkesan
Dibina dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman
Kami memahami masalah yang anda hadapi. Kami juga sudah mempunyai rancangan dan strategi untuk memudahkan anda. Percayalah, kami telah melakukan semua ini selama lebih daripada 25 tahun!
Kami telus memberitahu anda segala-galanya
Kami telus memberikan anda semua data dan maklumat yang pasti akan membantu anda membuat sebarang keputusan yang berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan!
Pelan pengawalan kos khas untuk anda
Kami akan membantu anda dalam menguruskan kos perubatan tanpa mengurangkan kualiti bantuan penjagaan kesihatan yang anda boleh sediakan untuk pekerja anda. Penyelesaian kami terbukti bermanfaat untuk semua!
Data & Statistik
Kurang daripada
5%
Kadar Inflasi
Secara purata, trend inflasi perubatan pelanggan kami adalah kurang daripada 5% berbanding purata dalam industri lebih daripada 20%. Ini memberikan anda nilai terbaik untuk wang yang anda keluarkan!
Nikmati sehingga
75%
Penjimatan Kos Ubatan Penyakit Kronik
Pelanggan kami yang menghidap penyakit kronik dan menggunakan ubat generik akan menikmati penjimatan kos sehingga 75% untuk ubat-ubatan jangka panjang melalui e-Farma!
Nikmati sehingga
25%
Diskaun Korporat
Ahli kami menikmati diskaun korporat sehingga 25% ke atas caj bilik dan lain-lain diskaun tambahan untuk caj hospital. Pastinya penjimatan kos yang anda tidak mahu ketinggalan!
Dapatkan Sebut Harga
Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga:
Jom Jadi
Rakan Kami!
Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!
Jom Jadi Rakan Kami!
Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!
Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.
Teruskan Berhubung!
Dapatkan Sebut Harga
Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga pelan faedah perubatan pekerja anda, sila hantar permohonan di sini atau klik butang di bawah: