Penyelesaian Kami,
Khas Untuk Anda
Berbekalkan lebih 28 tahun pengalaman dan sistem pengurusan inovatif, kami yakin kami dapat memenuhi keperluan Sumber Manusia anda dan banyak lagi. Serahkan urusan penjagaan kesihatan anda kepada PMCare!
Kos perubatan semakin meningkat, begitu juga dengan beban kerja
Kami tahu bagaimana rasanya menghadapi kenaikan kos perubatan tahun demi tahun. Bukan sahaja anda perlu menjelaskan faktor kenaikan kos kepada pihak pengurusan, malah banyak juga kertas kerja yang perlu disiapkan. Tidak cukup dengan itu, para pekerja pula sentiasa menghubungi anda dan mengajukan pelbagai persoalan untuk diselesaikan. Semua ini membuat kerja anda kelihatan tidak berkesudahan!
Itulah sebabnya kami, sebagai Pentadbir Pihak Ketiga, ingin membantu masalah anda dan menjadikan tugas-tugas ini lebih mudah untuk anda. Kami boleh membantu dalam memastikan semua ahli mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan.
Kami juga membantu merapatkan jurang antara syarikat dan pembekal perkhidmatan perubatan dengan memastikan setiap transaksi dan permintaan data tersedia dalam sekelip mata. Semua ini dijanakuasakan oleh platform digital kami dan disokong oleh pasukan yang berpengalaman dan profesional.
Perkhidmatan Teras Kami
perkhidmatan teras kami meliputi setiap aspek pengurusan kesihatan anda
- Mengkaji dan menilai caj perubatan dan penyampaian pembekal perubatan
- Rundingan mengenai data dan penggunaan tuntutan perubatan
- Program kesejahteraan dan pencegahan yang boleh diubahsuai
- Memastikan dan memantau kelayakan ahli berdasarkan pelan manfaat pelanggan
- Pembayaran balik tuntutan, terbitan Surat Jaminan, laporan dan bayaran untuk pembekal perubatan
- Bantuan 24 jam Carelines untuk ahli
- Mendapat akses kepada lebih daripada 3,000 klinik GP, 180 klinik pakar, 300 hospital dan 340 klinik pergigian di seluruh negara.
- Menikmati rawatan tanpa tunai dengan proses pelepasan hospital yang cepat dengan harga yang berpatutan!
- Menikmati proses tuntutan yang lebih cekap dan berkesan bagi memastikan ketepatan dan ketelusan.
Data & statistik
Kurang daripada
5%
Kadar Inflasi
Secara purata, trend inflasi perubatan pelanggan kami adalah kurang daripada 5% berbanding purata dalam industri lebih daripada 20% setahun.
Lebih daripada
80%
Penjimatan Masa
Kami membantu para pelanggan kami menjimatkan lebih daripada 80% jumlah masa yang berkaitan dengan tugas pentadbiran perubatan.
Anda perlukan
0
Sifar Usaha
Anda tidak perlu bersusah payah lagi. Kami akan menguruskan rangkaian pembekal perubatan dan segala tuntutan perubatan dan pembayaran kepada mereka!
Dapatkan Sebut Harga
Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga:
Jom Jadi
Rakan Kami!
Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!
Jom Jadi Rakan Kami!
Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!
Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.
Teruskan Berhubung!